suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liverpool Buat Tawaran Untuk Kapten Southampton Adam Lallana

Adam Lallana, kapten Southampton

LIVERPOOL telah membuat tawaran rasmi kepada Southampton untuk membeli kapten mereka, Adam Lallana, demikian menurut laporan BBC Radio pada Isnin.

Lallana, 26, adalah pemain tengah dan merupakan salah seorang komponen utama dalam skuad the Saints musim ini yang berjaya membawa mereka ke tangga kelapan liga - hanya di belakang Manchester United.

Walaupun bermain di tengah tetapi Lallana telah menjaringkan 10 gol dalam 42 perlawanan musim ini sekaligus telah mendorong England memanggilnya menyertai skuad kebangsaan.

Sejak itu Lallana telah bermain tiga kali mewakili England.

Pengerusi Southampton, Ralph Krueger mengesahkan yang satu rundingan melibatkan Lallana akan berlangsung pada Isnin.

Seorang lagi pemain Southampton yang disebut-sebut akan turut berpindah musim depan ialah pemain pertahanan, Luke Shaw. 

Dia menjadi sasaran Manchester United.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain