suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siapa Minat Nak Beli Aston Villa?

PEMILIK kelab Liga Perdana Inggeris Aston Villa, Randy Lerner mengumumkan pada Isnin yang dia berhasrat untuk menjual kelab itu kepada pembida tertinggi.

Pemilik warga Amerika Syarikat itu menguasai saham terbesar Villa pada 2006 dengan membayar £62.6 juta.

"Di hati saya, saya dapati saya tidak boleh lagi meneruskan pegangan ini, oleh yang demikian saya menyerahkan kepada kelab ini untuk menentukan pembeli yang baru iaitu sesiapa yang dapat membuat bidaan tertinggi," katanya dalam satu kenyataan.

Villa menamatkan musim 2013-14 yang baru selesai pada Ahad di tangga ke-15 liga, hanya lima mata di atas zon penyingkiran.

Dengan keputusan terbaru untuk menjual kelab ini, masa depan pengurusnya, Paul Lambert kini menjadi tidak pasti.

Lerner turut mengumumkan yang dia telah melantik Bank of America, Merrill Lynch untuk menguruskan soal penjualan kelab ini kepada pemilik baru.

Aston Villa, Randy Lerner

Artikel Lain