suria

Terbuka Singapura: Chong Wei Mara Ke Final

Lee Chong Wei.
KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menghampiri gelaran keempat tahun ini selepas menempah slot final Kejohanan Siri Super Terbuka Singapura di Stadium Tertutup Singapura.

Pada saingan separuh akhir hari ini, pemain nombor satu dunia itu mengalahkan pemain muda India, K. Srikanth dengan kemenangan 21-19 dan 21-18, demikian menurut laman web kejohanan www.singaporebadmintonopen.sg.

Menanti Chong Wei pada aksi final, esok adalah pemain pusingan kelayakan dari Indonesia, Simon Santoso yang melakar kejutan ke atas pilihan kelima dari China, Du Pengyu dengan keputusan 16-21, 21-17 dan 21-17. 

Untuk rekod, Chong Wei telah merangkul tiga gelaran tahun ini iaitu Terbuka Malaysia pada Januari, All England (Mac) dan Terbuka India, awal bulan ini.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak menghantar wakil dalam acara perseorangan wanita pada kejohanan itu yang menawarkan wang tunai keseluruhan berjumlah US$300,000 (RM966,932).

Artikel Lain