suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Javier Hernandez Bakal Tinggalkan United?

Javiver Hernandez dikhabarkan bakal meninggalkan Manchester United.
PENYERANG Manchester United, Javier Hernandez dilaporkan akan berada dalam senarai pemain yang akan meninggalkan United selepas Atlrtico Madrid dilaporkan berminat untuk mendapatkannya.
 
Pemain kebangsaan Mexico itu juga dilihat sedang mencari platform baharu untuk mengembangkan kariernya selepas gagal mendapat peluang dalam kesebelasan utama dibawah kendalian David Moyes.
 
Dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini, Hernandez hanya dapat beraksi untuk 11 perlawanan dan perkara itu antara penyumbang kepada pemindahannya.
 
Menurut laporan akhbar Sepanyol, El Mundo Deportivo, Atletico yang bakal bertemu dengan Chelsea dalam separuh akhir Liga Juara-Juara kini mendahului perebutan Hernandez dan bersedia untuk menandatangani pemain itu.
 
Kelab Sepanyol  itu dijangka kehilangan, penyerang utamanya iaitu Diego Costa pada musim panas ini yang akan menyertai Chelsea.

Berikutan itu, Hernandez dilihat sebagai watak yang mampu memainkan peranan Costa ketika ini.

Hernandez, United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Akhir Piala QSC 2014

Artikel Lain