suria

Separuh Akhir Liga Juara-Juara: Chelsea Lwn Atletico, Bayern Lwn Madrid

CHELSEA telah diundi untuk bertemu Atlético Madrid manakala Bayern Munich menentang Real Madrid pada separuh akhir Piala Juara-Juara Eropah yang dijadualkan berlangsung pada 22 dan 23 April ini manakala perlawanan kedua seminggu selepas itu.

Ini bermakna ada kemungkinan, perlawanan akhir nanti adalah di antara dua kelab dari Sepanyol sepertimana Bayern Munich bertemu Borussia Dortmund musim lalu.

Pada masa yang sama, undian ini menyebabkan penjaga gol Atletico, Thibaut Courtois akan berhadapan dengan kelab asalnya sendiri iaitu Chelsea melainkan beliau menarik diri secara sukarela daripada perlawanan tersebut.

Courtois adalah pemain Chelsea yang kini dipinjamkan selama tiga musim kepada Atletico. Pemain itu dijangka kembali ke pangkuan Chelsea musim depan.

Tidak sepertimana dalam Liga Perdana Inggeris, yang mana terdapat syarat khas yang melarang pemain yang dipinjamkan bermain menentang kelab mereka sendiri, tetapi peraturan tersebut tidak dikuatkuasakan oleh Eufa dalam Liga Juara-Juara.

Semua mata kini sedang memerhati dengan penuh debaran sama ada Atlético bersedia mengambil risiko merosakkan hubungan baik mereka dengan Chelsea dengan menurunkan Courtois, 21, dalam perlawanan separuh akhir nanti.

Artikel Sebelum

Keputusan Akhir Piala QSC 2014

Artikel Berikut

Artikel Lain