suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Minta Penganjur Sedia Skrin Besar Di Luar Stadium

Pasukan JDT menjalani latihan menjelang perlawanan dengan Terengganu.

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu menyarankan pihak berkaitan supaya menyediakan skrin besar di luar stadium pada perlawanan Liga Super antara Terengganu dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di sini, Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Samsuddin berkata langkah itu bagi mengelakkan limpahan penonton dalam Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini. 

Beliau berkata pihaknya akan memantau penjualan tiket perlawanan sebanyak 10,000 keping selaras dengan kapasiti stadium berkenaan.

"Kita akan pantau penjualan tiket ini kerana jualan tiket yang melebihi kapisiti stadium boleh mengundang kesesakan serta kurang keselesaan kepada penyokong," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Selain itu, katanya, pihaknya akan mempertingkatkan kawalan di semua pintu masuk stadium berkenaan bagi mengelakkan penonton membawa masuk barangan larangan seperti mercun, suar dan senjata tajam.

Bola, Terengganu, JDT

Artikel Lain