suria

Schumacher Tunjuk Sedikit Peningkatan

Schumacher sebelum bermain ski di pusat peranginan Meribel, Perancis, Disember tahun lalu.
PENGURUS Michael Schumacher, Sabine Kehm berkata, legenda Formula Satu (F1), menunjukkan sedikit peningkatan positif.

Schumacher masih berada dalam keadaan koma selepas terlibat dengan insiden ketika bermain ski di pusat peranginan Meribel, Perancis, Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, doktor di Hospital Universiti Grenoble memulakan proses untuk menyedarkannya beberapa minggu ini dengan mengurangkan pengambilan ubat-ubatan.

Kehm berkata, dia masih percaya Schumacher akan berjaya mengharungi detik hitam tersebut dan akan sedarkan diri.

"Terdapat sedikit perkembangan positif tetapi kami juga tahu sekarang masanya untuk lebih bersabar.

"Schumacher mengalami kecederaan yang teruk. Amat sukar untuk kita terima situasi ini, tetapi kami meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada pasukan perubatan," katanya.

Terdahulu, doktor memberitahu keluarga Schumacher bahawa 'hanya keajaiban' akan menyelamatkan nyawa juara dunia sebanyak tujuh kali itu.

Pada bulan lalu, keluarga Schumacher berkata, mereka masih menaruh harapan tinggi bahawa beliau akan pulih dan sedarkan diri.

"Kami tahu proses untuk beliau sedarkan diri mengambil masa yang agak lama," kata keluarganya.



Schumacher, F1

Artikel Berikut

Artikel Lain