suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

T-Team Nilai Pemain Import Semasa Bertemu PKNS Esok

Pemain T-Team, Fabio Flor (kiri) dan pemain Sarawak, Gabor Gyepes bersaing untuk menanduk bola dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 8 Mac lalu.- fotoBERNAMA
KUALA TERENGGANU: T-Team akan menilai pemain import mereka apabila bertemu Selangor PKNS di Stadium Selayang, Selangor pada Jumaat.

"Oleh itu kita tuntut mana-mana pemain import kita supaya memberikan persembahan yang terbaik bagi memuaskan barisan panel kejurulatihan T-Team," kata Ketua Pegawai Eksekutif T-Team, Abdul Rashid Jusoh.

Beliau diminta mengulas laporan T-Team dan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) masing-masing akan melakukan pertukaran pemain import.

Namun katanya, T-Team belum membuat keputusan muktamad berhubung pertukaran pemain import kerana ia baru di peringkat cadangan.

"Kita akan beri peluang dulu kepada pemain import untuk membuktikan kewibawan mereka sebelum kita membuat sebarang keputusan sama ada akan membuat pertukaran ataupun sebaliknya," kata Abdul Rashid.
T-Team, PKNS, PBSNT

Artikel Lain