suria

Barcelona Mara Ke Suku Akhir, Benam Man. City

Daniel Alves (kanan) melengkapkan gol kemenangan Barcelona.
BARCELONA: Jaringan pada separuh masa kedua Lionel Messi dan Dani Alves memastikan Barcelona menempah tiket ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah untuk kali ketujuh berturut-turut selepas menewaskan Manchester City 2-1 di Nou Camp, awal pagi Khamis.

Barcelona mara dengan agregat kemenangan 4-1. 

Hasrat City untuk menyekat kemaraan pasukan tuan rumah di gelanggang sendiri dirumitkan lagi dengan kekalahan 0-2 pada pusingan pertama 16 pasukan terakhir di Stadium Etihad, Manchester, bulan lalu.

City mendapat peluang untuk mendahului tuan rumah namun penjaga gol Barca, Victor Valdes menafikan percubaan Samir Nasri dan Edin Dzeko pada separuh masa pertama.

Messi menjaringkan gol pertama untuk pasukan tuan rumah.

Barca mula menguasai perlawanan menerusi jaringan Messi pada minit ke-67 sebelum Vincent Kompany menyamakan kedudukan pada minit ke-89.

Alves bagaimanapun menjaringkan gol kemenangan dua minit kemudian sebelum tamat masa permainan.

Sebelum itu, City ditimpa malang apabila terpaksa beraksi dengan hanya 10 pemain apabila Pablo Zabaleta dilayangkan kad kuning kedua, sekali gus terpaksa keluar padang.

Senarai pemain:

Barcelona: Víctor Valdés, Piqué, Mascherano, Jordi Alba, Daniel Alves, Fàbregas, Xavi Hernández, Iniesta, Busquets, Messi, Neymar. (Pemain gantian: Pinto, Bartra, Adriano, Song, Sergi Roberto, Pedro Rodríguez, Alexis Sánchez)

Manchester City: Hart, Kompany, Zabaleta, Lescott, Kolarov, Milner, Nasri, Silva, Fernandinho, Touré, Agüero (Pemain gantian: Pantilimon, Clichy, Boyata, Javi García, Jesús Navas, Negredo, Džeko)



Artikel Lain