suria

Ann Osman Optimis Menang Dalam Saingan One FC

KUALA LUMPUR: Ann Osman, wanita profesional pertama Malaysia dalam sukan bela diri campuran (MMA), menyuarakan keyakinan untuk memenangi perlawanan One Fighting Championship (One FC) 'War of Nations' walaupun menghadapi tekanan beraksi di halaman sendiri.

Ann akan berdepan dengan prospek dunia Sherilyn Lim dari Singapura di Stadium Negara di sini, Jumaat ini, yang turut menyaksikan penyertaan 20 peserta lain.

"Sudah pasti saya di bawah sedikit tekanan kerana semua mata tertumpu kepada saya. Saya perlu bertenang dan memberi tumpuan untuk menang kerana saya cukup bersedia dari segi fizikal dan mental," katanya pada sesi menimbang berat peserta pada Khamis.

Ann berkata beliau bersama jurulatihnya telah berusaha keras untuk meningkatkan prestasi dengan menilai pertarungan pertamanya menerusi video untukmemperbaiki kelemahan. 

"Saya mengikuti latihan intensif selama enam minggu sebelum kejohanan ini. Saya ini bolehkan dikatakan serba boleh dan puas hati dengan rentak serangan serta melakukan tumbukan KO," katanya. 

Antara peserta pada kejohanan tersebut ialah Brock Larson, Nobutatsu Suzuki, Dae Hwan Kim, Kevin Belingon, Adriano Moraes, Yasuhiro Urushitani, Ariel Sexton, Kamal Shalorus, Shinichi Kojima, Andrew Leone, Kotetsu Boku, Arnaud Lepont, Waqar Umar, Peter Davis, Harris Sarmiento, Herbert Burns, Khim Dima dan Saiful

Merican.
One FC, Ann Osman

Artikel Sebelum

Pahang Didenda RM30,000

Artikel Lain