suria

Terbuka China: Hoon & Tan Mara Ke Final

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Hoon Thien How dan Tan Wee Kiong mara ke perlawanan akhir Terbuka China di Shanghai pada Sabtu.

Gandingan tersebut mengetepikan cabaran beregu tuan rumah Cai Yun/Chai Biao 23-21, 21-17. Hoon dan Tan dijadualkan bertemu beregu Lee Yong Dae/Yoo Yeon Seong dari Korea Selatan pada Ahad.

Terdahulu, pemain perseorangan lelaki negara Chong Wei Feng tumpas di tangan pemain tuan rumah Chen Long 18-21, 7-21. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain