REAL Madrid mengikat musuh utama mereka seri 1-1 pada aksi separuh akhir pertama Copa del Rey awal pagi Khamis.
Bagaimanapun skuad Jose Mourinho nyaris tewas apabila penyerang Barca, Cesc Fabreagas mendahului jaringan pada minit ke-50, beberapa minit selepas babak kedua bermula.
Namun pemain muda Perancis, Raphael Varane menyelamatkan kedudukan Real melalui tandukannya pada minit ke-81.
Keputusan ini bakal menjadi lebih menarik apabila kedua-dua pasukan akan kembali beradu pad aksi pusingan kedua pada Februari ini.
SENARAI PEMAIN
Real Madrid: Diego López, Essien, Varane, Carvalho, Arbeloa, Khedira, Alonso, Özil, Callejón, Ronaldo, Benzema (Simpanan): Adán, Marcelo, Albiol, Modrić, Kaká, Higuaín, Morata
Barcelona: Pinto, Alves, Piqué, Puyol, Alba, Busquets, Xavi, Fabregas, Pedro, Messi, Iniesta. (Simpanan) Valdes, Mascherano, Song, Adriano, Thiago, Alexis, Villa.


