suria

AC Milan, Juventus Minat Balotelli

Mario Balotelli
Mario Balotelli
Mario Balotelli

MANCHESTER City dilapor telah mengadakan perbincangan bersama AC Milan dan Juventus berkaitan dengan penjualan Mario Balotelli.

Namun kelab tersebut hanya bersetuju untuk menjual Balotelli sekiranya kedua-dua kelab Serie A itu telah membuat penilaian harga selepas perbincangan tersebut.

City menganggarkan harga Balotelli sekitar £21 juta (RM 101.454) keseluruhannya.

Milan dan Juve telah menghubungi City mengenai penyerang Itali itu yang mula menyertai kelab England ini pada tahun 2010 dari Inter Milan.

Namun awal pagi Selasa, penolong pengurus pasukan City, David Platt berkata, Balotelli tidak akan berpindah ke AC Milan bulan ini.

"Saya rasa tidak ada apa yang akan berlaku. Agak kecewa kerana pengurus (Roberto Mancini) tidak ada di sini. Dia mungkin lebih tahu apa yang berlaku.

"Namun setakat ini Balotelli masih lagi pemain Manchester City," jelasnya.

Selepas itu, Mancini turut menberi penjelasan bahawa Balotelli tidak akan ke mana-mana.

"Itu laporan yang tidak betul. Mario masih di sini. Kami tidak menerima sebarang permintaan atau tawaran mengenai Mario atau pemain lain," katanya.

Tambah Mancini, buat masa sekarang agak sukar untuk membeli pemain lain, tetapi dalam masa sama pasukan itu kekurangan pemain.

"Kami hanya ada 18 pemain sahaja. Kami tidak boleh menjual mana-mana pemain," jelasnya.

Sementara itu, Naib Presiden AC Milan, Adriano Galliani berkata, jika City sanggup menurunkan harga, ia mungkin akan berlaku.

Namun Mancini menekankan bahawa Balotelli merupakan salah seorang pemain yang ada dalam senarai perancangan jangka panjangnya.

"Mario masih mempunyai baki kontrak selama tiga tahun," tegas Mancini.

Artikel Sebelum

WTA: Keputusan Terbuka Paris

Artikel Berikut

Artikel Lain