suria

Balotelli Sah Pindah Ke AC Milan

Mario Balotelli
Mario Balotelli
Mario Balotelli

PENYERANG Manchester City, Mario Balotelli kini bersiap sedia untuk ke AC Milan selepas kedua-dua pasukan mencapai persetujuan perpindahan ini.

Kelab Serie A itu bersetuju membayar sekitar £20 juta (RM97 juta), dan sebahagian bayaran itu adalah termasuk bonus.

Pengurus City, Roberto Mancini telah mengesahkan penyerang Itali itu telah dijadualkan akan menjalani pemeriksaan kesihatan di Milan.

"Kedua-dua kelab bercakap mengenai Balotteli. Mungkin esok perkara ini akan selesai. Saya rasa Mario perlu menjalani pemeriksaan kesihatan. Kami minta maaf," jelas Mancini kepada Sky Sports News.

"Kami sayangkan dia tetapi saya yakin dia memerlukan peluang besar ini kembali ke Itali dan bermain dengan kelab terkenal seperti Milan.

"Saya harap Mario akan terus mempamerkan aksi terbaik kerana dia telah bekerja keras untuk berada di tempat sekarang.

"Saya juga berharap dia akan menjadi pemain terbaik di Eropah satu hari nanti."

Milan sebelum ini telah mengesahkan perkara ini melalui kenyataan rasminya bahawa Balotelli akan tiba di Itali pada Rabu (hari ini).

Kelab Itali itu juga berkata, Balotelli bersetuju untuk menandatangani kontrak selama empat tahun setengah.

"Surat persetujuan perpindahan Balotelli telah ditandatangani oleh Manchester City.

"Pemeriksaan kesihatan dan selepas itu kami akan berbincangan perkara yang lebih peribadi sehingga tahun 2017," jelas Pengarah Milan, Umberto Gandini di laman Twitternya.

Balotelli mula menyertai City pada tahun 2010 dengan harga £24 juta dan telah menimbulkan pelbagai kontroversi di kelab termasuk pergaduhan dengan Mancini selain daripada masalah disiplin.

Artikel Sebelum

WTA: Keputusan Terbuka Paris

Artikel Berikut

Artikel Lain