suria

Benitez Pening Kepala Selepas Seri 2-2 Dengan Reading

Rafael Benitez
Rafael Benitez
Rafael Benitez

PENGURUS Chelsea, Rafael Benitez kini berdepan dengan tekanan apabila sekali lagi pemilik kelab, Roman Abramovich menyaksikan sendiri keputusan tidak memuaskan dengan seri 2-2 ketika bertemu Reading dalam aksi liga, awal pagi Khamis.

Pengerusi kelab, Bruce Buck, Ketua Eksekutif Ron Gourley dan Pengarah Teknikal Michael Emenalo turut bersama melihat perlawanan hambar yang menyaksikan dua gol dalam tempoh tiga minit dilakukan oleh Reading pada minit terakhir permainan.

"Semua orang boleh melihat perlawanan itu dibawah kawalan pemain-pemain, sehinggalah minit terakhir perlawanan. Ia sangat sukar untuk dijelaskan.

"Terlalu banyak kesalahan yang dilakukan oleh pemain-pemain ketika mengambil sepakan percuma biarpun kami mempunyai peluang untuk menang," jelas Benitez.

Tambah Benitez :"Ia berubah sama sekali selepas mereka bermain dengan hantaran jauh. Apabila situasi ini berlaku, ia lebih jelas kepada kesalahan bahagian pertahanan.

"Saya tidak tahu bagaimana permainan ini boleh berakhir dengan seri".

Artikel Berikut

Artikel Lain