suria

Skuad Selangor Berwajah Baru

PETALING JAYA: Skuad Selangor akan berhadapan musim baru Liga Malaysia dengan wajah baru dan pemain-pemain baru.

Jurulatih, Irfan Bakti telah menguggurkan 12 pemain dan membawa masuk 11 penganti baru.

Antara pemain lama yang meninggalkan skuad Selangor ialah pemain antarbangsa Mohd Safiq Rahim.

Sebagai ganti, tempat pemain itu akan diambil alih penjaring gol terbanyak liga musim lalu, iaitu Francis Forkey Doe dari Terengganu.

Pemain asal Liberia itu berusia 26 tahun itu telah menjaringkan 15 gol untuk Terengganu musim lalu.

Lain-lain pemain yang diguggurkan termasuklah Bosko Balaban, P.Gunalan, R.Surendren, G. Jeevanathan, Amirulhadi Zainal, Razman Roslan, Azidan Sarudin, Mohd Hasmarul Fadzir Hassan, Fazilidin Khalid, Khairul Anuar Khalid dan Famirul Asraf Sayuti.

Tempat mereka akan diganti oleh Sharbinee Allawee Ramli dan Abdul Shukor Jusoh dari Terengganu; Mohd Raimi Mohd Nor (Felda United); Mohd Afiq Azmi (KL); Mohd Ramzul Zahini Adenan (Kelantan); Mohd Fairuz Abdul Aziz (Sime Darby); S.Veenod (USM); S.Kunalan (Negeri Sembilan); Mahali Jasuli dan V. Kavichelvan (Harimau Muda).

Manakala pemain-pemain yang dikekalkan Ifran terdiri daripada Norazlan Razali, Mohd Fairul Azwan Shahrullai, Mohd Nazriq Baharom, Ramez Jamal Dayoub, Mohd Asraruddin Putra Omar, Adib Aizuddin Latif, Mohd Bunyamin Omar, K.Gurusamy, Mohd Fitri Syazwan Raduwan dan K. Solihin.

Artikel Lain