suria

Keluarga Allahyarham Raja Bola Terima Sumbangan

KUALA LUMPUR: Wakil Jawatankuasa Penganjur Piala Sultan Selangor pada Jumaat menghulurkan sumbangan RM20,000 kepada keluarga legenda bola sepak, Tan Sri Abdul Ghani Minhat yang meninggal dunia, pada 28 September lalu.

Bantuan disampaikan Pengerusinya Datuk Abdul Karim Munisar kepada isteri Allayarham, Puan Sri Tengku Aishah Tengku Ibrahim, di Putra Heights, Subang Jaya di sini.

RM10,000 daripada sumbangan itu ialah hasil kutipan dana Piala Sultan Selangor manakala RM10,000 lagi diperoleh daripada hasil jualan tiket perlawanan baru-baru ini.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Abdul Karim menyifatkan pemergian Abdul Ghani yang lebih dikenali sebagai 'Raja Bola', merupakan satu kehilangan besar.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Jawatankuasa Penganjur mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, menurut kenyataan jawatankuasa itu.

Abdul Ghani, 77, meninggal dunia di Institut Jantung Negara akibat komplikasi selepas menjalani pembedahan jantung. Beliau dijadualkan menyertai kejohanan pada 29 September lalu. -BERNAMA

Artikel Lain