suria

Chia Cemerlang Pada Aksi Pembukaan CIMB Classic

KUALA LUMPUR: Wakil negara Danny China memulakan cabaran Kejohanan Golf CIMB Classic 2012 dengan cemerlang apabila melakukan catatan lima bawah par 66 untuk berkongsi kedudukan ketujuh bersama lima lagi pemain di The Mines Resort and Golf Club di sini, Jumaat.

Antara pemain berkongsi kedudukan ialah legenda golf dunia Tiger Woods, J.B.Holmes dan Ricky Barnes, kesemua dari Amerika Syarikat, Greg Chalmers dari Australia dan Jbe Kruger dari Afrika Selatan.

"Saya agak tenang di luar sana. Saya tidak cuba untuk mengejutkan diri sendiri atau membuat diri saya teruja. Saya melakukan beberapa pukulan putt yang baik...jadi saya cukup gembira dengan permulaan ini.

"Saya tidak benar-benar cuba sesuatu pukulan yang mengelirukan dan hanya memainkan apa yang saya perlu lakukan," kata Chia.

Pada pusingan pertama, Chia membenam lima birdie termasuk di lubang kelima, keenam dan kelapan. Impian Chia untuk bersaing dengan Woods hampir menjadi kenyataan apabila pusingan kedua esok hanya 10 minit selepas kumpulan Woods.

"Saya sentiasa mahu bermain dengan beliau. Saya melihat beliau memukul bola dan saya beraksi dalam beberapa kejohanan yang beliau sertai. Diharapkan minggu ini saya dapat bermain dengan baik untuk berada dalam kumpulan sama dengan beliau," kata Chia.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Shaaban Hussin, melakukan catatan tiga di atas 74. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain