suria

ATM Kehilangan Tiga Tonggak Utama

Zaquan Adha akan berhijrah ke Johor musim depan.
Zaquan Adha akan berhijrah ke Johor musim depan.
Zaquan Adha akan berhijrah ke Johor musim depan.

PETALING JAYA: Tiga pemain utama pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal berhijrah ke pasukan Johor pada musim baru nanti.

Jurulatih serta pengurus pasukan, B.Sathianathan mengesahkan tiga nama tersebut iaitu pasangan kembar, Mohd Aidil Zafuan (pertahanan) serta Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak (penyerang) dan Azmi Muslim (pertahanan) akan meninggalkan ATM.

"Kami fikir kami adalah pasukan 'Manchester City Malaysia'...tetapi sebenarnya ada lagi pasukan Manchester City yang lebih besar di luar sana.

"Sebolehnya kami mahu terus menggunakan khidmat pemain-pemain ini, tetapi kami tidak boleh memberi apa yang pasukan lain tawarkan kepada mereka," jelas Sathianathan, Selasa.

"Bagaimanapun ini adalah perkembangan positif dalam perlawanan. Kami ucapkan selamat berjaya kepada mereka.

"Mereka telah mempamerkan aksi terbaik bersama kami. Sudah tentu kami akan merindui mereka...Aidil dan Azmi di bahagian pertahanan, manakala Zafuan pula dengan aksi pantasnya di bahagian serangan.

"Tetapi kami menerimanya sebagai cabaran untuk musim baru nanti. Pasukan saya tetap kekal dengan pemain yang ada serta beberapa pemain baru.

"Kami juga bakal mempunyai pemain muda dalam skuad."

Sentuhan 'magis' Sathia terhadap skuad ATM ini mendapat perhatian setelah berjaya membawa pasukan ke final Piala Malaysia selepas 46 tahun.

Pun begitu, nasib tidak menyebelahi mereka apabila tewas 3-2 kepada Kelantan pada aksi akhir Sabtu lalu.

Antara muka-muka baru musim ini yang telah memberi kesan besar kepada pasukan ialah pemain prolifik Marlon Alex James,35 ; Rezal Zambery Yahaya,34 (pemain tengah), Hairuddin Omar,33 (penyerang); Irwan Fadli Idrus,31 (pertahanan); dan perancang utama, Bruno Martelotto,30.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain