Harimau Malaya Hadapi Tiga Perlawanan Persahabatan Sebelum Piala AFF Suzuki - Sukan | mStar

Harimau Malaya Hadapi Tiga Perlawanan Persahabatan Sebelum Piala AFF Suzuki

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengatur tiga perlawanan persahabatan antarabangsa 'A' kepada skuad Harimau Malaya bulan depan, sebagai persiapan menghadapi Piala AFF Suzuki 2012 yang bermula 23 November.

FAM dalam kenyataan hari ini berkata tiga perlawanan persahabatan itu melibatkan pertemuan menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi pada 3 Novembe; berdepan Thailand di Chiang Mai pada 7 November sebelum menamatkan aksi bertemu Hong Kong di Stadium Shah Alam pada 14 November.

Sebanyak 28 pemain dipanggil untuk sesi latihan pusat dan pemilihan bagi persediaan menghadapi tiga perlawanan persahabatan antarabangsa kelas 'A' itu bulan depan, menurut kenyataan itu.

FAM menyatakan bahawa semua pemain berkenaan dikehendaki melaporkan diri kepada ketua jurulatih bola sepak kebangsaan Datuk K. Rajagobal di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.

Tujuh pemain lagi diminta bersedia menjalani latihan dan pemilihan pasukan kebangsaan sekiranya dipanggil untuk menggantikan mana-mana 28 pemain itu yang mengalami kecederaan.

FAM berkata pemain Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terlibat dalam perlawanan akhir Piala Malaysia pada Sabtu lepas pula, dikehendaki melaporkan diri sebelum pukul 12 tengah hari esok. Senarai 28 pemain: - Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar, Mohd Khyril Muhymeen Zambri (Kedah); Mohd Bunyamin Umar, Norazlan Razali, Safiq Rahim (Selangor); Mohd Farizal Marlias, S. Kunanlan (Negeri Sembilan); Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Shakir Shaari, Norshahrul Idlan Talaha, S. Subramaniam, Nik Shahrul Azim Abdul Halim (Kelantan).

Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohd Faizal Muhamad (Terengganu); Azamuddin Mohd Akil, R. Gopinathan (Pahang); Gary Steven Robbat, Mahalli Jasuli, Mohd Fadhli Mohd Shas, Wan Zack Haikal Wan Nor (Harimau Muda A); Amiridzwan Taj Tajudin, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak, Mohd Azmi Muslim (ATM); Ahmad Fakri Saarani, Yong Kuong Yong (Felda United); Mohd Safee Mohd Sali (Pelita Jaya).

Pemain Simpanan:

Mohd Amri Yahyah (Selangor), Ahmad Shakir Mohd Ali (Negeri Sembilan), D. Christie Jayaselan, Irwan Fadzli Idrus (ATM); Ahmad Hazwan Bakri, Mohd Affize Faisal Mamat, Mohd Izham Tarmizi Roslan (Harimau Muda A). -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain