suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

64 Pasukan Sah Sertai Boling Padang Langkawi

LANGKAWI: Sebanyak 64 pasukan termasuk dari luar negara mengesahkan untuk menyertai kejohanan Boling Padang Langkawi 2012 bagi merebut Piala Mahsuri di Kompleks Sukan Langkawi selama lima hari mulai Rabu ini.

Setiausaha kejohanan Datuk Shukri Ahmad berkata antara pasukan luar yang mengambil bahagian ialah dari Kanada, Thailand, Hong Kong, Singapura dan Brunei.

"Malaysia menghantar lapan regu campuran yang menjadi pasukan pilihan untuk meraih kejayaan," katanya.

Beliau juga berkata pemain negara yang menyertai kejohanan itu adalah untuk menguji kemampuan mereka bagi persiapan menyertai kejohanan boling padang dunia di Australia bulan depan.

Kejohanan dianjurkan Lembaga Pembangunan Langkawi, Persatuan Boling Padang Langkawi dan Persatuan Boling Padang Kedah. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain