Kedah Dan Singapura Imbau Kegemilangan Era 90-an - Sukan | mStar

Kedah Dan Singapura Imbau Kegemilangan Era 90-an

ALOR SETAR: Kedah dan Singapura mengembalikan nostalgia kegemilangan mereka dalam Piala Malaysia era 90-an apabila bertemu dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Darulaman di sini malam tadi.

Antara veteran yang mengambil bahagian ialah Radhi Mat Din, Ng Chew Beng, Mohd Faraok Ismail, S.Vijayan dan Manja Man mewakili Veteran Kedah sementara beberapa nama seperti Samad Allapitchay, Isa Abdullah, Farmie Abdullah dan Rosmadi Ismail mewakili Veteran Singapura.

Keputusan perlawanan berkesudahan Veteran Kedah mengalahkan Veteran Singapura 4-0 di hadapan kira-kira 1,000 orang penonton.

Veteran Kedah membuka jaringan pada minit ke-13 dan ke-22 menerusi jaringan Amirul Nizam Mahathir menewaskan penjaga gol Singapura Rosmadi Ismail.

Amirul Nizam sekali lagi membuat jaringan gol ketiga untuk Kedah di babak kedua sementara gol keempat dilakukan Mohd Rafdi Rashid.

Pemain kedua-dua pasukan turut menerima hadiah yang disampaikan Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah yang juga Tunku Laksamana Kedah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kelantan Atasi Selangor 1-0

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain