suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hodgson Mohon Maaf Kepada Ferdinand

Roy Hodgson
Roy Hodgson
Roy Hodgson

PENGURUS England, Roy Hodgson memohon maaf kepada kepada pemain pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand mengenai laporan bahawa karier pemain itu sudah berakhir.

Bagaimanapun Hodgson menafikan kenyataan itu dan perbualannya dengan rakan ketika berada dalam keretapi bawah tanah menuju ke London adalah perbualan biasa malah tidak menggunakan ayat itu.

Dia juga mengakui tidak sepatutnya bercakap mengenai pemain dengan orang luar.

"Saya sangat kecewa cerita seperti itu dihebohkan dan saya meminta maaf kepadanya.

"Sudah tentu saya tidak mengatakan karier Rio sudah berakhir. Apa yang saya ingat ialah saya ada berborak dengan beberapa orang ketika dalam keretapi itu, dan ada seorang bertanya, 'Adakah Rio akan berada dalam pasukan selepas ini?', dan saya mungkin menjawab 'Saya tidak pasti itu'.

"Tetapi saya rasa jawapan itu juga agak melampau. Saya sepatutnya tidak menjawab seperti itu. Ini kesalahan saya dan saya perlu minta maaf kepadanya.

"Namun ini adalah satu situasi yang perlu saya hadapi memandangkan saya lebih suka menaiki keretapi untuk ke London, dan berborak dengan orang yang berada di dalam itu yang suka bertanyakan khabar ataupun duduk diam-diam dan tutup mulut.

"Saya kesal. Saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang dan mungkin juga pengajaran kepada orang lain yang melihat saya dalam keretapi.

"Jangan marah sekiranya saya tidak menjawab soalan anda," jelasnya panjang lebar.

Ferdinand sekali lagi dikecewakan selepas namanya tidak tersenarai dalam skuad England untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang San Marino dan Poland walaupun selepas persaraan John Terry.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain