Hoki: Tiga Pemain Senior Perkuat Cabaran Terengganu - Sukan | mStar

Hoki: Tiga Pemain Senior Perkuat Cabaran Terengganu

KUALA TERENGGANU: Tiga pemain senior adalah antara 16 pemain disenaraikan Persatuan Hoki Terengganu (PHT) bagi membawa cabaran Terengganu pada Kejohanan Hoki Piala Tun Razak ke-50 di Kuantan, Pahang dari 14 hingga 23 Okt ini.

Setiausaha PHT Sabri Salleh berkata tiga pemain senior yang akan memperkuatkan pasukan Terengganu dalam memburu kejuaraan pertama pada kejohanan itu ialah Mohd Sharun Nabil Abdullah, Shahrin Mohamad dan Engku Abdul Malik Engku Mohamad.

"Pemain selebihnya terdiri daripada muka baru yang mewakili Terengganu dalam acara hoki pada Sukan Malaysia (Sukma) di Pahang Julai lepas," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata ketika ini, kebanyakan pemain Terengganu menyertai Kejohanan Liga Hoki Malaysia (LHM) dengan mewakili beberapa pasukan, antaranya Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sapura, Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC).

Katanya Terengganu mempunyai peluang cerah merangkul kejuaraan sulung pada kejohanan tersebut berdasarkan prestasi semasa pemain dalam kejohanan LHM.

Beliau, bagaimanapun berkata PHT sedikit terkilan kerana tidak dapat mengumpulkan semua pemain menjalani pusat bagi menghadapi kejohanan itu kerana masing-masing terikat dengan kejohanan LHM.

"Kita mungkin dapat kumpulkan mereka di Kuantan pada 12 Okt selepas perlawanan akhir kejohanan LHM yang dijadualkan pada 10 Okt," katanya.

Terengganu menamatkan cabaran pada kejohanan tersebut tahun lepas di tempat ketiga dan ia merupakan pencapaian terbaik pasukan itu dalam penyertaan mereka pada Piala Tun Razak.

Sabri berkata Piala Tun Razak tahun ini juga akan menjadi pentas mengenal pasti pemain bagi mewakili pasukan hoki dari Terengganu yang akan ditubuhkan tahun depan untuk bersaing dalam kejohanan LHM.

Pada Piala Tun Razak kali ini, beliau berkata pasukan Terengganu akan dibimbing oleh jurulatih Nik Rozimi Nik Mohamad.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Hodgson Mohon Maaf Kepada Ferdinand

Artikel Berikut

Keputusan Liga Europa

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain