Cub Prix: Taufiq Sedia Tawan Laman Sendiri - Sukan | mStar

Cub Prix: Taufiq Sedia Tawan Laman Sendiri

Mohd Taufiq Roslan
Mohd Taufiq Roslan

PELUMBA Yamaha Maju Motor, Mohd Taufiq Roslan berazam untuk mencatat kejayaan dalam kategori CP130 di halaman sendiri apabila Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka, 6 dan 7 Oktober ini.

Berada di tempat ketiga pada Pusingan 7 di Litar Kluang, baru-baru ini, Taufik yakin kehadiran keluarga dan rakan-rakan akan menaikkan semangatnya untuk mendapatkan podium ketiga buat musim ini selepas merakam kemenangan pertama (tempat ketiga) pada Pusingan 2 di Kuala Terengganu.

"Kejayaan di Kluang merupakan pencapaian besar buat kami sepasukan. Lawan kami lebih berpengalaman dan ini hanya musim kedua saya beraksi dalam kelas perdana.

"Semangat saya begitu membara memandangkan ahli keluarga dan juga rakan-rakan saya pasti hadir untuk memberikan sokongan,” kata Taufiq.

Menurut taufik perlumbaan hujung minggu ini dianggap lebih terbuka kepada semua pelumba.

"Pemenang-pemenang lepas dilihat mempunyai peluang cerah untuk terus berada di hadapan namun pada masa sama, saingan pelumba lain tidak boleh diketepikan.

"Kami perlu bekerja lebih keras terutama ketika di selekoh-U. Sedikit kesilapan di sana pasti mengundang padah besar,” jelasnya.

Selepas tujuh pusingan berlangsung, Taufiq kini menghuni tangga ketujuh keseluruhan dengan mengumpul 68 mata.

Kedudukan pendahulu menjadi milik Azlan Shah Kamaruzaman (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) yang mengumpul 120 mata diikuti Ahmad Fuad Baharudin (Faito Motobert Racing)dan rakan sepasukan, Ahmad Fazrul, masing-masing mengumpul 97 mata dan 91 mata.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jadual Perlawanan Liga Europa

Artikel Berkaitan

Artikel Lain