suria

Alex Ferguson Buka Pintu Kepada Anak Paul Ince

Paul Ince
Paul Ince
Paul Ince

PEMAIN MUDA England yang sedang meningkat naik dan juga anak kepada bekas bintang Manchester United, Paul Ince iaitu Tom Ince dikatakan bakal menyertai kelab itu apabila pintu perpindahan dibuka semula Januari ini.

Menurut akhbar The Sun UK, Ince bakal mengikuti jejak langkah bapanya dalam perpindahan berjumlah £4 juta.

Akhbar berkenaan mendedahkan yang Paul Ince sendiri sedang berusaha untuk menjadikan perpindahan itu satu realiti.

Paul khabarnya telah berbincang dengan Pengurus United, Sir Alex Ferguson awal minggu ini bagi membolehkan anaknya yang berusia 20 tahun itu menyertai United dari Blackpool.

Tom kini bermain untuk pasukan England Bawah-21 Tahun - menjaringkan enam gol dari lapan perlawanan.

Pemain itu juga pernah bermain untuk skuad remaja Liverpool sebelum menyertai Blackpool.

Kontraknya bersama Blackpool akan berakhir menjelang hujung musim ini.

Bapa Tom, Paul, 44, bermain lebih 200 kali bersama United antara tahun 1989 hingga 1995.

Sepanjang tempoh tersebut, dia telah memenangi dua kejuaraan liga sebelum berpindah ke AC Milan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain