suria

Cup Prix: Zaqhwan Muncul Juara Di Banting

Zaqhwan (tengah) bersama pemenang tempat kedua, Fitri (kiri) dan Fuad (ketiga)
Zaqhwan (tengah) bersama pemenang tempat kedua, Fitri (kiri) dan Fuad (ketiga)
Zaqhwan (tengah) bersama pemenang tempat kedua, Fitri (kiri) dan Fuad (ketiga)

PELUMBA Pachie Yuzy Honda Racing, Mohd Zaqhwan Zaidi untuk muncul juara kategori CP130 Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 yang berlangsung di Bandar Mahkota, Banting, Ahad.

Zaqhwan menamatkan perlumbaan sebanyak 15 pusingan dengan masa keseluruhan 13 minit 44.722 saat meninggalkan Mohd Fitri Ashraf Razali (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing 2) di kedudukan kedua, 13:49.409s.

Pelumba berpengalaman, Ahmad Fuad Baharudin (Faito Motobert Racing) yang mencatat masa terpantas pada sesi ujian masa semalam sekadar berpuas hati di kedudukan ketiga, 13:49.585s.

Biarpun masih dibelenggu kecederaan patah ibu jari tangan kanan selepas terjatuh sewaktu beraksi di pusingan pembukaan Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini, Zaqhwan tetap mempamerkan aksi cemerlang.

"Walaupun jari saya masih sakit dan saya terpaksa menanggungnya pada sepanjang perlumbaan namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk memburu kemenangan.

Tambahan pula, saya tidak mahu mengecewakan seluruh pasukan yang telah menyediakan jentera yang cukup baik pada perlumbaan kali ini," jelas Zaqhwan yang meraih kemenangan kedua selepas memenangi perlumbaan pembukaan di Baatu Kawan.

Mengekori Zaqhwan di kedudukan kedua dalam senarai keseluruhan ialah rakan sepasukan Mohd Fitri, Azlan Shah Kamaruzaman yang sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-10 dengan 60 mata manakala Ahmad Fuad ketiga, 54 mata.

Pasukan Faito Motobert Racing yang diwakili Ahmad Fuad dan Ahmad Fazrul Sham kekal di tangga teratas dalam senarai Anugerah Berpasukan Keseluruhan dengan mengumpul 100 mata diikuti Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing 2 kedua, 92 mata.

Pasukan Pachie Yuzy Honda Racing (Zaqhwan / Wan Mohd Hadri Wan Mukhtar) ketiga, 84 mata.

Pasukan PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM mencatat kemenangan bergaya apabila dua pelumba mereka, Mohd Iskandar Raduan dan Shahril Izzuwan Mohd Noor menamatkan perlumbaan kategori CP115 di atas podium.

Iskandar mempamerkan prestasi cemerlang dengan gelaran juara kedua pada musim ini setelah menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 11:12.625s manakala Shahril di kedudukan ketiga, 11:13.218s. Berada di kedudukan kedua ialah juara Pusingan 3 di Kangar, Mohd Amirul Ariff Musa (Pachie Yuzy Honda Racing) dengan masa keseluruhan 11:12.982s.

PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM selesa mendahului kedudukan berpasukan dengan mengumpul 128 mata, 57 mata mengatasi M-Seki Liberty Honda Racing (Sasitharen Sukumaran / Mohd Emir Firdaus Hasan) kedua, 71 mata dan Pachie Yuzy Honda Racing (Mohd amirul Ariff Musa / Mohd Rozaliman Zakaria) ketiga, 68 mata.

Dalam kategori Wira, Fakhrusy Syakirin Rostam menebus kehampaan gagal menamatkan perlumbaan pada pusingan 3 apabila berjaya mengungguli perlumbaan kali ini dengan catatan masa keseluruhan 9:27.550s.

Pelumba AAP Mazoil Armstrong Motorsport itu meninggalkan pencabar utamanya, Mohd Hafiz Nor Azman (Team Mos Track Pro Yamaha Racing) di kedudukan kedua yang menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 9:27.868s diikuti Tengku Amirul Haffiruddin (Motul Yamaha YY Pang Racing) ketiga, 9:33.917s.

Keputusan di tempat kedua bagaimanapun terus mengukuhkan kedudukan Hafiz di tangga teratas dalam senarai keseluruhan dengan mengumpul 81 mata diikuti Fakhrusy kedua, 63 mata dan Mohd Izzat Zaidi Mohd Salehan (Motul Yamaha YY Pang Racing) ketiga, 49 mata.

Keputusan Perlumbaan

CP130

Final

1.Mohd Zaqhwan Zaidi (Honda) 13'44.722s

2.Mohd Fitri Ashraf Razali (Honda) 13'49.409s

3.Ahmad Fuad Baharudin (Yamaha) 13'49.585s

4.Ahmad Fazrul Sham (Yamaha) 13'55.784s

5.Mohd Affendi Rosli (Honda) 13'56.433s

Kedudukan Keseluruhan

1.Mohd Zaqhwan Zaidi (Honda) 70 mata

2.Azlan Shah Kamaruzaman (Honda) 60 mata

3.Ahmad Fuad Baharudin (Yamaha) 54 mata

4.Ahmad Fazrul Sham (Yamaha) 46 mata

5.Norizman Ismail (Honda) 36 mata

Anugerah Berpasukan

1.Faito Motobert Racing (Ahmad Fuad Baharudin/ Ahmad Fazrul Sham) 100 mata

2.Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing 2 (Azlan Shah Kamaruzaman/ Mohd Fitri Ashraf Razali) 92 mata

3.Pachie Yuzy Honda Racing (Mohd Zaqhwan Zaidi/ Wan Mohd Hadri Wan Mukhtar) 84 mata

4.Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing 1 (Norizman Ismail/ Mohd Affendi Rosli) 63 mata

5.PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM (Mohd Ramdan Mohd Rosli/ Zulsyafiz Rosli) 51 mata

CP115

Final

1. Mohd Iskandar Raduan (Yamaha) 11'12.625s

2.Mohd Amirul Ariff Musa (Honda) 11'12.982s

3. Shahril Izzuwan Mohd Noor (Yamaha) 11'13.218s

4. Ahmad Abdul Kadir (Yamaha) 11'16.574s

5. Mohd Azhar Abdul Jalil (Yamaha) 11'16.832s

Kedudukan Keseluruhan

1.Mohd Iskandar Raduan (Yamaha) 78 mata

2.Ahmad Abdul Kadir (yamaha) 59 mata

3.Mohd Amirul Ariff Musa (Honda) 56 mata

4. Shahril Izzuwan Mohd Noor (Yamaha) 50 mata

5. Mohd Emir Firdaus Hasan (Honda) 40 mata

Anugerah Berpasukan

1.PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM (Mohd Iskandar Raduan/ Shahril Izzuwan Mohd Noor) 128 mata

2.M-Seki Liberty Honda Racing (Mohd Emir Firdaus Hasan/ Sasitharen Sukumaran) 71 mata

3. Pachie Yuzy Honda Racing (Mohd Amirul Ariff Musa) 68 mata

4. Apido Yamaha Boon Kui (Ahmad Abdul Kadir/ Zulzaki Kipli) 61 mata

5. Motul Yamaha YY Pang Racing 2 (Zaidy Mohd Zaifaizal/ Mohd Azhar Abdul Jalil) 59 mata

WIRA

Final

1.Fakhrusy Syakirin Rostam (Honda) 9'27.550s

2.Mohd Hafiz Nor Azman (Yamaha) 9'27.868s

3.Tengku Amirul Haffiruddin (Yamaha) 9'33.917s

4.Nurahmad Fariznazreen (Yamaha) 9'35.636s

5.Mohd Izzat Zaidi Mohd Salehan (Yamaha) 9'38.442s

Kedudukan Keseluruhan

1.Mohd Hafiz Nor Azman (Yamaha) 81 mata

2.Fakhrusy Syakirin Rostam (Honda) 63 mata

3.Mohd Izzat Zaidi Mohd Salehan (Yamaha) 49 mata

4.Tengku Amirul Haffiruddin (Yamaha) 36 mata

5.Suhaizarul Suhaizat (Honda) 35 mata

Artikel Berikut

Artikel Lain