suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Barca Julang Piala Sepanyol

PEP Guardiola mengakhiri kariernya selama empat tahun bersama Barcelona dengan penamat gemilang apabila menyaksikan anak buahnya menewaskan Athletic Bilbao 3-0 pada aksi final Piala Sepanyol di Vicente Calderon, Madrid, awal pagi Sabtu.

Laluan Barca untuk bergelar juara bermula seawal minit tiga menerusi jaringan Pedro selepas Marcelo Bielsa gagal mengeluarkan sepakan sudut Xavi.

Ia merupakan trofi ke-14 Guardiola selaku pengurus Barca.

Trofi pertamanya diraih menerusi kemenangan 4-1 ke atas Athletic pada aksi final Piala Sepanyol, tiga tahun lalu.

Barca memperoleh gol kedua pada minit ke-20 menerusi Lionel Messi sebelum Pedro melengkapkan gol ketiga pada minit ke-25.

Messi berpeluang untuk menambah jaringan keempat tetapi percubaannya berjaya ditangkap kemas penjaga gol Athletic, Iraizoz.

Athletic gagal membolosi gawang lawan dalam aksi final keenam mereka musim ini walaupun mempunyai beberapa percubaan berbahaya dari Ibai Gomez dan Jon Aurtenetxe.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain