suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

China Bertemu Korea Di Final Piala Thomas

WUHAN: Juara bertahan China akan memburu kejuaraan kesembilan pada edisi Piala Thomas 2012 apabila menentang Korea Selatan pada final di Gimnasium Pusat Sukan Wuhan di sini, Ahad ini.

Pertemuan ulangan edisi 2008 itu dilihat memihak kepada pasukan pilihan utama China yang menguasai pentas final sejak 2004. Kemampuan China pada aksi final tiada tolok bandingnya dengan barisan pemain terbaik dunia seperti pemain perseorangan nombor dua dunia, Lin Dan, Chen Long (ranking ketiga dunia) dan pemain nombor empat dunia Chen Jin.

Selain itu, beregu nombor satu dunia Cai Yun/Fu Haifeng pastinya bukan calang-calang lawan.

Meskipun tidak pernah berjaya membawa pulang piala berprestij itu, Korea Selatan tetap berbisa dengan kehadiran perseorangan nombor tujuh dunia Lee Hyun Il dan sentuhan beregu keempat dunia Koo Sung Hyun/Yoo Yeon Seong.

Lin Dan sebagai perseorangan pertama China sama sekali tidak memandang rendah pada pasukan Korea Selatan yang juga merupakan pilihan kedua kejohanan.

"Korea Selatan adalah pasukan yang kuat. Mereka mempunyai pemain muda yang berkebolehan, jadi kami perlu berwaspada.

"Bagaimanapun kami juga mempunyai barisan pemain muda dan pastinya kami akan melakukan yang terbaik untuk peminat yang datang memberi sokongan kepada kami di sini," kata Lin Dan kepada media.

Terdahulu, pada saingan separuh akhir menentang Jepun, Lin Dan memungut mata pertama apabila menjinakkan Sho Sasaki 23-21, 21-17.

Rentak cemerlang Lin Dan diteruskan beregu Cai Yun/Fu Haifeng yang menumpaskan Shoji Sato/Naoki Kawamae 25-23, 21-18 sementara perseorangan ketiga Chen Long mengalahkan Kenichi Tago 21-13, 21-16.

China akhirnya menundukkan negara 'Matahari Terbit' itu 3-0, manakala pada saingan separuh akhir petang tadi Korea Selatan menghancurkan harapan Denmark untuk melangkah ke final apabila mencatat kemenangan 3-1 ke atas negara benua Eropah itu.

Sementara itu, dalam saingan Piala Uber, China akan bertemu juara bertahan Korea Selatan pada perlawanan akhir esok. -BERNAMA

Artikel Lain