suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chelsea Tak Lanjut Kontrak Bosingwa Dan Kalou

José Bosingwa. Foto AP
José Bosingwa. Foto AP
José Bosingwa. Foto AP

SAH! Chelsea pada Khamis melepaskan dua lagi pemain utama mereka iaitu José Bosingwa dan Salomon Kalou selepas memberitahu Didier Drogba yang dia juga turut dibenarkan mencari kelab baru musim depan.

Ini menjadikan pemain yang memenangi medal Juara Eropah minggu lalu yang dimaklumkan bahawa khidmat mereka tidak diperlukan lagi kepada tiga orang dalam tempoh seminggu.

Manakala tiga lagi pemain iaitu Florent Malouda, Michael Essien dan Paulo Ferreira -masing-masing masih mempunyai baki setahun lagi kontrak di Stamford Bridge, akan dipanggil berunding mengenai kedudukan mereka tidak lama lagi.

Namun begitu ketiga-tiga mereka tidak dijanjikan sebarang perlanjutan kontrak sebaliknya bergantung kepada hasil rundingan.

Frank Lampard, seorang lagi pemain veteran dengan baki kontrak juga selama setahun lagi dijangka akan menerima lanjutan kontrak selama semusim.

Artikel Lain