suria

Thierry Henry Kembali Sarung Jersi Arsenal

LONDON: Anak kesayangan Arsenal, Thierry Henry disahkan akan kembali menyarung jersi kelab tersebut buat kali kedua dalam sejarah kariernya selepas berpindah ke Barcelona dan kini bersama New York Red Bull iaitu kelab bolasepak Amerika Syarikat yang merupakan naib juara liga tahun ini.

Henry akan dipinjamkan ke Arsenal selama dua bulan - dari Januari sehingga Februari sementara menunggu musim baru di Amerika bermula Mac depan.

Ini bermakna Henry berpeluang sekurang-kurangnya mengharungi lebih dari lapan perlawanan termasuk dalam Liga Juara-Juara Eropah menentang AC Milan kerana setiap kelab dibenarkan mendaftar tiga nama tambahan di musim perpindahan Januari ini.

Arsenal dan Red Bull kini hanya menunggu persetujuan insurans peribadi untuk Henry bagi membolehkan impiannya bermain semula untuk Arsenal tercapai walaupun sekadar dua bulan.

Jika segala-galanya berjalan lancar, Henry, 34, akan dapat diturunkan menentang Manchester United dan Spurs - dua pasukan yang sangat konsisten musim ini.

Perlawanan pertama Henry mungkin akan berlaku pada 9 Januari ini menentang Leeds Utd dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA.

Sepanjang kariernya bersama Arsenal, Henry telah bermain 370 kali dan menjaringkan 226 gol iaitu yang terbanyak dalam sejarah kelab itu.

Beliau kemudiannya berpindah ke Barcelona pada Jun 2007 dan selepas memenangi Kejuaraan Piala Eropah telah berpindah ke New York untuk bersama-sama kelab Red Bull yang merupakan naib juara liga musim lalu.

Henry dikenali sebagai pemain kesayangan Arsene Wenger dan beberapa minggu lalu, sebuah patung gangsa telah dibina di hadapan stadium itu sebagai menghargai sumbangannya kepada kelab London itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain