suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zulfadli Muncul Juara Remaja Dunia Di Taiwan

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan remaja kebangsaan Zulfadli Zulkifli mencipta sejarah setelah muncul juara remaja dunia buat kali pertama selepas menewaskan juara bertahan Viktor Axelsen dari Denmark pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Taiwan, Ahad.

Zulfadli yang juga juara remaja Asia menundukkan Viktor dengan kemenangan 21-18, 9-21 dan 21-19 dalam masa 50 minit, mengikut laman web tournament software.com. Kemenangan tersebut merupakan kemenangan kedua pemain berusia 19 tahun itu ke atas Viktor.

Kali pertama beliau mengalahkan Viktor adalah pada Kejohanan Badminton Remaja 2005 di Sweden. - BERNAMA

Artikel Lain