suria

Hukuman Gantung Tiga Perlawanan Terlalu Berat:Rooney

Wayne Rooney
Wayne Rooney
Wayne Rooney

PENYERANG England, Wayne Rooney menyalahkan dirinya sendiri ekoran hukuman digantung tiga perlawanan menjelang kejohanan Euro 2012 pada musim panas akan datang.

FA mempunyai tempoh masa sehingga pukul 5.00 petang pada Jumaat untuk mengemukakan rayuan terhadap penggantungan ke atas Rooney berhubung layangan kad merah yang diterimanya ketika pertemuan kelayakan menentang Montenegro bulan lalu.

Mangsa yang menerima terjahan kasar Rooney iaitu pemain pertahanan Miodrag Dzudovic turut menulis surat kepada UEFA sebagai tanda sokongan kepada penyerang sensasi Manchester United itu.

"Jelas, hukuman itu mengejutkan saya tetapi ia berpunca daripada kesilapan saya . . . jadi saya tidak boleh mengadu.

"Saya menyesal kerana bertindak sedemikian. Tiada sebarang alasan tetapi saya masih merasakan hukuman itu terlalu berat," katanya.

Rooney menjelaskan beliau tidak jelas mengenai tindakan pengadil melayangkan kad merah serta-merta kepadanya selepas mengasari Dzudovic ketika terikat 2-2 di Podgorica bulan lalu.

"Jujurnya saya tidak tahu mengapa. Insiden itu berlaku dengan pantas. Saya sukar menjelaskannya," tambah Rooney.

Artikel Sebelum

Artikel Lain