suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terengganu Ingin Padam Rekod 10 Tahun Gagal Ke Aksi Akhir Piala Malaysia

KUALA TERENGGANU: Pasukan Terengganu berhasrat untuk memadamkan rekod 10 tahun gagal ke perlawanan akhir Piala Malaysia.

Bagi merealisasikan impian itu, Ketua Jurulatih Terengganu Irfan Bakti Abu Salim berkata skuad Penyu perlu berusaha lebih keras apatah lagi pasukan itu berhadapan dengan pasukan Negeri Sembilan, Selangor PKNS dan Kuala Lumpur Sime Darby.

Pertembungan empat pasukan yang disenaraikan dalam kumpulan B itu memerlukan skuad kendalian Irfan Bakti membaca rentak permainan serta tidak memandang rendah kemampuan pihak lawan.

Katanya biarpun baru dinobatkan juara Piala FA, anak buahnya perlu menampilkan persembahan yang hebat dan mencipta kemenangan jika ingin berada dalam keadaan lebih selesa dalam kumpulan.

"Saya sering kali mengingatkan pemain untuk tidak memandang mudah dengan kebolehan lawan jika ingin memadamkan rekod 10 tahun tidak layak ke final Piala Malaysia," katanya kepada Bernama, Rabu.

Ditambah dengan pengalaman tujuh pemain yang terpilih dalam pasukan kebangsaan, Irfan Bakti yakin tahun ini ialah tahun terbaik untuk Terengganu menjuarai Piala Malaysia.

Setakat ini, pencapaian terbaik pasukan Terengganu adalah melangkah ke peringkat separuh akhir dalam Piala Malaysia.

Artikel Lain