suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Eto'o Menjadi Milik Anzhi

KELAB Anzhi Makhachkala bersetuju dengan nilai perpindahan yang ditawarkan oleh Inter Milan bagi mendapatkan penyerang Samuel Eto’o (gambar) untuk beraksi dalam Liga Perdana Rusia.

Bagaimanapun Anzhi tidak memberitahu nilai yuran perpindahan itu, namun mengikut laporan media harga itu lebih kurang 30 juta euro (RM 128.5 juta).

Pemain Terbaik Afrika sebanyak empat kali itu dijangka bakal menjadi antara pemain paling kaya di dunia berdasarkan gaji tahunan lebih kurang 20 juta euro (RM85.67 juta)

“Nilai perpindah telah dipersetujui. Pemain ini akan menjalani ujian kesihatan dan jika semuanya berjalan lancar dia akan menandatangani kontrak selama tiga tahun,” ujar satu kenyataan kelab pada Selasa.

Eto’o,30, telah menjulang dua kali gelaran Liga Juara-Juara (CL)ketika bersama Barcelona sebelum berpindah ke Inter Milan 2009. Dia juga turut merangkul gelaran juara Serie A, Piala Itali, dan CL ketika tahun pertama di Itali.

Artikel Lain