suria

Fabregas Tidak Disenaraikan Menentang Benfica

KAPTEN Arsenal, Cesc Fabregas tidak disenaraikan dalam skuad yang berlepas ke Portugal untuk bertemu Benfica dalam perlawanan persahabatan, sekaligus mencetuskan konflik bahawa pemain tengah itu akan dijual kepada Barcelona.

Pemain Sepanyol itu sering dikaitkan dengan kepulangan semula ke Barcelona sejak akhir-akhir ini memandangkan dia tidak diturunkan bersama Arsenal dalam beberapa siri perlawanan pra musim bersama The Gunners.

Arsenal menyenaraikan nama penuh 19 pemain yang berlepas dari Amerika Syarikat pada petang Jumaat dan Fabregas terkejut kerana namanya tidak tersenarai dalam siri perlawanan itu.

Terdahulu, pemain berusia 24 tahun itu memberitahu bahawa dia akan beraksi.

Namun keputusan pengurus Arsene Wenger mengetepikannya mungkin menguatkan lagi spekulasi berhubung pemergiannya ke kelab gergasi Sepanyol itu.

Fabregas menyertai rakan pasukannya berlatih di Colney, London sebelum penerbangan ke Portugal tetapi The Gunners mengesahkan beliau tidak akan turut serta.

Beliau yang masih bergelut dengan kecederaan hamstring berkemungkinan besar tidak akan diturunkan menentang Udinese dalam aksi play off Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Emirates pada 16 Ogos ini andai perpindahan ke Nou Camp berjaya disempurnakan sebelum tarikh perpindahan pemain ditutup.

Artikel Lain