suria

Sukan Basikal: TCT Dijangka Sertai 12 Kejohanan Benua Tahun Ini

KUALA TERENGGANU: Pasukan lumba basikal profesional Terengganu, Terengganu Pro-Asia Cycling (TCT) dijadual menyertai sekurang-kurangnya 12 kejohanan peringkat benua tahun ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TCT Ibni Amin Busu berkata antara kejohanan itu adalah di Korea, Jepun, Thailand, Indonesia, Iran dan Le Tour de Langkawi (LTdL).

"Ini kejohanan yang kita kenal pasti, dan mungkin kita akan menyertai lebih banyak daripada itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Isnin.

Ibni Amin berkata Le Tour de Langkawi yang akan diadakan pada 23 Januari hingga 1 Februari, merupakan kejohanan pertama yang akan disertai TCT tahun ini.

TCT ditubuhkan atas idea Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said sebagai usaha menaikkan nama baru selain mencungkil bakat-bakat anak Terengganu dalam sukan itu.

Pasukan TCT mengandungi 12 pelumba termasuk tiga pelumba import daripada Jepun dan Thailand. - BERNAMA

Artikel Lain