Piala Emas: Terengganu Buru Kejuaraan Kelima - Sukan | mStar

Piala Emas: Terengganu Buru Kejuaraan Kelima

KUALA TERENGGANU: Terengganu memburu kejuaraan kali kelima kejohanan bola sepak Piala Emas Raja-Raja 2010 yang akan bermula Jumaat ini.

Setiausaha Persatuan Bolasepak Melayu Terengganu (PBSMT) Aziz Yunus berkata Terengganu muncul juara kejohanan itu pada tahun 1971, 1977, 1987 dan 2001.

"Perhatian Terengganu sekarang terarah kepada misi menjulang Piala Emas tahun ini," katanya kepada Bernama di sini pada Isnin.

Untuk itu, Aziz berkata Terengganu telah mengenal pasti 25 orang pemain daripada pasukan Piala Presiden dan Liga Super T'Team untuk membawa cabaran kejohanan kali ini.

Menurutnya pemain T'Team terdiri daripada Mohd Shahrul Ezrain Shamsuddin, Mohd Shahril Saari dan Mohd Shariful Ezrin Shamsuddin.

Turut memperkuatkan pasukan itu ialah bekas pemain pasukan Shahzan Muda Pahang, Raja Mohd Halifah Raja Mamat.

Pada kejohanan tahun lepas Terengganu kecundang pada pusingan kumpulan dan sejak itu telah membentuk pasukan yang mantap untuk kejuaraan tahun ini.

Aziz berkata saingan awal Terengganu dalam kumpulan D ialah Singapura (juara 12 kali), PDRM dan Masum yang juga tuan rumah kali ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Penantian 89 Tahun Kelantan Berakhir

Artikel Berikut

Piala Malaysia Diarak Di Gua Musang

Artikel Berkaitan

Artikel Lain