suria

Filipina Ungguli Kejohanan Antarabangsa Boling Padang Piala Mahsuri 2010

LANGKAWI: Filipina mengungguli kejohanan boling padang antarabangsa Piala Mahsuri Langkawi 2010 selepas menewaskan Terengganu 20-3 di kompleks sukan di sini, Ahad.

Angelo Molales yang berpasangan dengan Rosita Bradbourne, bermain cemerlang untuk mengenepikan cabaran pasukan Terengganu yang diwakili Ku Ngah Ku Ali dan Fateha Asmidar A.Manan.

Dengan kejayaan itu, pasangan Filipina tersebut meraih hadiah wang tunai RM3,500 serta Piala Mahsuri, manakala Ku Ngah dan Fateha membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,800.

Sebanyak 91 pasukan termasuk India, Singapura, pasukan pelapis serta kelab menyertai kejohanan anjuran bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dan Persekutuan Boling Padang Malaysia itu, yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM11,000.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain