Harapan Karamjit Berkecai - Sukan | mStar

Harapan Karamjit Berkecai

JOHOR BAHARU: Masalah syaf peti gear yang patah mengakibatkan pelumba rali terkemuka negara Karamjit Singh terkeluar dari peringkat kedua pusingan ketiga Kejohanan Rali Malaysia di Tasik Kenyir, Ahad.

Pada suasa yang mulanya dirasakan Karamjit sebagai gemilang di hari terakhir pusingan ke-tiga di sini hari ini, malapetaka itu melanda semasa beliau cuba mengharungi lumpur dan selut di awal perlumbaan dengan jentera Mitsubishi Lancer yang dipandunya itu.

Katanya kejadian malang itu boleh berlaku kepada mana-mana pelumba, dan hari hari ini ia berlaku kepadanya, dan beliau akui peluangnya untuk muncul juara keseluruhan MRC tahun ini sudah lenyap akibat kejadian itu. "Masih ada satu lagi pusingan di Kangar, Perlis nanti, tapi saya tidak rasa berupaya lagi mengubah keputusan," katanya.

Karamjit yang menduduki tempat kedua keseluruhan dengan pungutan mata berjumlah 18 yang dikumpulnya dalam dua pusingan sebelum ini, pada mulanya menyangka beliau dapat melakukan sesuatu untuk mengejar lapan mata defisit di belakang peneraju Muhammad Rafiq Udhaya yang memandu Subaru Impreza.

Di awal perlumbaan Karamjit mempamerkan persembaan yang cukup baik apabila memenangi peringkat pembukaan semalam, dan hari ini nasibnya berubah semasa dia sedang mengejar Muhammad Rafiq dan pemandu kedua Sean Gregory apabila malapetaka menimpa, memaksa beliau terkeluar dari perlumbaan.

Pemandu dari India, Lohit Urs, dan pemandu kedua dari Malaysia Manohar Menon yang memandu Mitsubishi Lancer kemudiannya terus merebut peluang itu untuk membuat cacatan masa 1jam 39min 40.0saat dan Muhammad Rafiq bersama pemandu keduanya Sean Gregory di tempat kedua dengan 1jam 43mins dan 22.2 saat.

Tempat ketiga direbut oleh Muhammad Siraj Abdullah dan Abi Redzuan yang memandu Proton Satria Neo dengan catatan masa 1jam 46min dan 43.8saat.

Ketika ini Muhammad Rafiq dan Gregory masih menguasai kejohanan dan gelaran juara keseluruhan masih berupaya dalam jangkauan, semasa MRC memasuki pusingan keempat dan final di Kangar pertengahan Disember.

"Kami berada di kedudukan yang selesa ketika ini dan dengan satu sahaja pusingan yang tinggal, kami hanya perlu bertenang, tamatkan perlumbaan, pastinya kejayaan menunggu. Malang sungguh kereta Karamjit mengalami kerosakan hari ini. Dia pemandu yang baik, cuma hari ini tidak berapa baik buatnya," kata Gregory.-BERNAMA

Artikel Berikut

Jadual Perlawanan Liga Perdana Inggeris

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain