Zolkeples Yakin Atlet Negara Mampu Bawa Pulang Sembilan Pingat Emas - Sukan | mStar

Zolkeples Yakin Atlet Negara Mampu Bawa Pulang Sembilan Pingat Emas

KUALA LUMPUR: Sembilan emas itu sasaran konservatif Malaysia ke Sukan Asia Guangzhou, China.

"Misi untuk memburu sembilan pingat emas di Guangzhou bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai," kata ketua kontinjen negara ke Sukan Asia, Datuk Zolkples Embong.

Zolkples, yang juga Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), percaya kesemua 339 atlet telah bersedia sepenuhnya untuk menggalas cabaran pada temasya sukan yang akan berlangsung pada 12 hingga 27 Nov ini.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Atlet Fasa Akhir Sukan Asia, di sini hari ini, beliau berkata sasaran sembilan pingat emas tersebut difokuskan kepada empat acara sukan utama iaitu berbasikal, skuasy, tenpin boling dan badminton.

Kutipan pingat emas terbesar disasarkan pada acara tenpin boling di mana Malaysia dibarisi atlet ternama seperti Alex Liew, Aaron Kong, Zulmazran Zulkifli, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi, Esther Cheah, Sharon Koh dan Shalin Zulkifli, katanya.

Sandaran itu dibuat berdasarkan kejayaan cemerlang skuad tenpin boling negara menyumbang tiga pingat emas di Sukan Asia Doha, Qatar pada 2006, katanya.

Sementara itu, Zolkples berkata penarikan diri atlet angkat berat negara Amirul Hamizan Ibrahim dari Sukan Asia edisi kali ini tidak akan menjejaskan sasaran pingat.

Beliau berkata skuad bola sepak dan pelayaran akan menjadi pasukan terawal yang akan berlepas ke Guangzhou Jumaat ini.

Malaysia akan mengambil bahagian dalam 29 acara sukan, antaranya ialah olahraga, akuatik, ragbi, bola tampar pantai, golf, kabadi, lawan pedang, pelayaran, sepak takraw, tinju dan karate.

Pada Sukan Asia di Doha, Qatar pada Disember 2006 yang lalu, kontinjen Malaysia melakar sejarah terbaik dalam penglibatan ke Sukan Asia kerana berjaya merangkul lapan pingat emas.

Katanya lima pemain Adrian, Muhd Syafiq, Muhd Nur Aiman, Li Jane dan Zatil Iman akan bersaing buat julung kali pada temasya Sukan Asia manakala lain pula telah beraksi pada Sukan Asia Doha pada 2006. Adrian Ang,Muhd Syafiq Ridhwan Abdul Malek, Muhd Nur Aiman Khairuddin, Sin Li Jane, Zatil Iman Abdul Ghani Chef de Mission (CDM).

Pada Sukan Asia di Doha, Qatar pada Disember 2006 yang lalu, Kontinjen Malaysia melakar sejarah terbaik dalam penglibatan ke Sukan Asia dimana berjaya merangkul 8 pingat emas. Skuad tenpin bowling muncul pasukan yang paling cemerlang apabila berjaya mengutip 3 pingat emas dan 3 perak.

Skuad squash pula mengutip 2 pingat emas manakala badminton, wushu dan perahu layar masing-masing menyumbang 1 pingat emas.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meletakan sasaran sembilan pingat emas menerusi acara badminton, basikal, boling, ekuestrian, karate, pelayaran, skuasy, dan wusyu.

Empat sukan yang disandarkan untuk merealisasikan sasaran pingat emas ialah boling, badminton, skuasy dan basikal trek.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain