suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

United Isi Slot Ke Pusingan Kalah Mati

Fletcher (kanan) meraikan jaringannya dengan Obertan ketika pertemuan dengan Bursaspor di Stadium Ataturk, Bursa.
Fletcher (kanan) meraikan jaringannya dengan Obertan ketika pertemuan dengan Bursaspor di Stadium Ataturk, Bursa.
Fletcher (kanan) meraikan jaringannya dengan Obertan ketika pertemuan dengan Bursaspor di Stadium Ataturk, Bursa.

MANCHESTER United menempah tiket ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan Bursaspor 3-0 dalam saingan peringkat Kumpulan C.

Darren Fletcher membuka jaringan awal pada minit ke-48 sebelum Gabriel Obertan menggandakan gol menerusi percubaan jarak jauh.

Pemain gantian, Bebe pada babak kedua melengkapkan gol ketiga selepas memanfaatkan hantaran Paul Scholes.

Percubaan Dimitar Berbatov gagal dimanfaatkan sepenuhnya manakala Bursaspor tampak tumpul di bahagian serangan.

United kini mengisi kedudukan teratas Kumpulan C dengan 10 mata, tiga mata di depan Valencia. Bursaspor pula gagal mengutip sebarang mata berbekalkan empat perlawanan sekali gus meranapkan impian untuk mara ke peringkat kalah mati.

Red Devils terpaksa beraksi tanpa kelibat Nani yang masih bergelut dengan kecederaan lutut tetapi jentera di bahagian tengah pasukan itu mampu menghasilkan beberapa serangan merbahaya.

Artikel Berikut

Jadual Perlawanan Liga Juara-Juara

Artikel Lain