suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Crane Juara Kejohanan Golf CIMB Asia Pacific Malaysia

Crane bersama hadiah yang dimenangi setelah bergelar juara Kejohanan Golf CIMB Asia Pasific Malaysia, Ahad. Foto: S.S.KANESAN/ The Star
Crane bersama hadiah yang dimenangi setelah bergelar juara Kejohanan Golf CIMB Asia Pasific Malaysia, Ahad. Foto: S.S.KANESAN/ The Star
Crane bersama hadiah yang dimenangi setelah bergelar juara Kejohanan Golf CIMB Asia Pasific Malaysia, Ahad. Foto: S.S.KANESAN/ The Star

KUALA LUMPUR: Satu pukulan birdie pada lubang terakhir membantu Ben Crane dari Amerika untuk muncul sebagai juara pertama kejohanan golf CIMB Asia Pacific Malaysia di The Mines Resort and Golf Club di sini, Ahad.

Crane, yang meraih hadiah USD1 juta (RM3.2 juta) dengan kemenangan itu, menerima trofi berprestij kejohanan berkenaan daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Juara semalaman itu menyempurnakan pusingan akhir dua bawah 69 untuk memungut mata 18 bawah 266 untuk mengatasi pemain England Brian Davis dengan satu pukulan.

Pada pusingan akhir hari ini, Crane membuat dua birdie melalui sembilan lubang pertama dan sembilan lubang kedua, mengalami tiga bogey berturut-turut pada lubang ke-12, 13 dan 14, sebelum menebus kelemahan itu dengan satu eagle pada lubang berikutnya.

Bagi pukulan terakhirnya, pemain Amerika ini dengan tenang memasukkan bola ke dalam lubang dari jarak lapan kaki untuk dinobatkan sebagai juara.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain