suria

Man Utd Beli Penyerang Portugis Bernama Bebe

MANCHESTER UTD mengesahkan bahawa mereka telahpun membeli seorang lagi penyerang dari Portugal bernama Bebe dari kelab Victoria de Guimaraes.

Pemain berusia 20 tahun itu dibeli dengan harga £7.4 juta.

Pembelian pemain tidak ternama itu telah menarik perhatian ramai apakah Sir Alex Ferguson telah menemui seorang lagi Christiano Ronaldo sedangkan pada masa yang sama kini beliau sudah pun memiliki tujuh orang pemain di barisan serangan.

Pembelian Bebe dengan nama penuhnya, Tiago Manuel Dias Correia, khabarnya dicadangkan oleh Carlos Queiroz, bekas penolong Ferguson suatu ketika dahulu yang kini mengemudi skuad kebangsaan Portugis.

Akhbar The Guardian melaporkan, Queiroz melihar Bebe sebagai seorang pemain muda yang memiliki bakat semulajadi luar biasa dan akan berkembang menjadi pemain yang sempurna di bawah bimbingan Ferguson sebagaimana yang pernah dilalui oleh Ronaldo, David Beckham, Ryan Giggs, Paul Schole dan ramai lagi.

Laporan itu juga menyebut yang Bebe dibesarkan sebagai anak yatim piatu dan menghabiskan zaman kecilnya sebagai anak jalanan.

Dengan ketinggian 6'2", pemain muda ini mencuri perhatian ramai dengan skil dan visi yang luar biasa dan memiliki kefahaman teknikal yang tinggi.

Dengan kehadiran Bebe, Ferguson kini memiliki senarai pemain serangan yang dilihat sebagai paling kental dalam Liga Perdana Inggeris iaitu Wayne Rooney, Javier Hernández, Dimitar Berbatov, Michael Owen, Federico Macheda, Mame Biram Diouf (yang kini dipinjamkan ke Blackburn Rovers) dan Danny Welbeck (yang kini dipinjamkan ke Sunderland).

Artikel Berikut

Artikel Lain