suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gaya 'Samba', 'Total' Tidak Lagi Relevan

Arjen Robben dan Wesley Sneijder, dua tonggak utama Belanda. - Foto AP
Arjen Robben dan Wesley Sneijder, dua tonggak utama Belanda. - Foto AP
Arjen Robben dan Wesley Sneijder, dua tonggak utama Belanda. - Foto AP

STAIL permainan Belanda dan Brazil tidak lagi mendapat tempat dalam kejohanan besar seperti Piala Dunia, kata Pengurus Belanda, Bert van Marwijk, semalam.

"Saya tahu pasukan Brazil menekankan permainan cantik begitu juga Belanda tetapi bola sepak 'total' atau 'samba' tidak lagi relevan pada ketika ini.

"Bola sepak sudah berubah dan segalanya berlalu dengan pantas. Pemain lebih cergas dan pasukan semakin teratur. Jadi anda tidak boleh mempamerkan corak permainan seperti itu di Piala Dunia," katanya.

Kedua-dua pasukan akan membuat perhitungan maut pada peringkat suku akhir di Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth, malam ini.

Belanda mencatatkan 12 kemenangan berturut-turut. Brazil sekadar menang tiga perlawanan setakat ini di Afrika Selatan dan terikat 0-0 dengan Portugal pada perlawanan akhir peringkat Kumpulan G.

"Kita adalah dua pasukan yang mempunyai gaya permainan tersendiri dan tidak terikut-ikut rentak permainan lawan. Jadi kami akan memberikan tentangan hebat. Kini, Sepanyol merupakan pasukan yang memiliki corak permainan terbaik," jelasnya.

Belanda kini bebas daripada sebarang kecederaan menjelang perlawanan malam ini dan Van Marwijk menegaskan mereka tidak gentar berdepan juara dunia lima kali itu.

"Kami tidak takut dengan mereka (Brazil). Saya percaya kami mampu menundukkan mereka," tambahnya.

Artikel Sebelum

Van Persie Dibawa Ke Hospital

Artikel Berikut

Artikel Lain