suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aguirre Undur Diri Selaku Pengurus Mexico

JAVIER Aguirre (gambar) menamatkan kariernya selaku Pengurus Mexico apabila meletak jawatan tiga hari selepas pasukan itu tewas 1-3 kepada Argentina pada pusingan kedua Piala Dunia di Afrika Selatan.

"Saya terpaksa undur diri. Itu adalah perkara paling jujur untuk dilakukan," katanya.

Aguirre meletakkan sasaran untuk mara ke suku akhir tetapi anak buahnya gagal menyekat kemaran Argentina.

Mexico pernah melangkah ke kelompok lapan terakhir di gelanggang sendiri pada 1986 tetapi gagal mengulangi detik manis itu pada tahun ini apabila langkah mereka hanya bertahan di peringkat kalah mati.

Aguirre memberitahu dia bertanggungjawab terhadap penyingkiran Mexico.

"Rancangan awal adalah untuk melangkah ke suku akhir dan menjadi antara lapan pasukan terbaik di dunia. Oleh kerana ia tidak menjadi kenyataan, kami hanya akur dengan keputusan itu," katanya.

Media Mexico berkata kerusi panas yang ditinggalkan Aguirre mungkin akan diisi Jose Manuel de la Torre.

Dia pernah membantu Toluca memenangi trofi Liga Mexico ke-10 bulan lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain