suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

City Ikat Silva Empat Tahun Di Eastlands

Silva menjalani latihan bersama skuad Sepanyol di Potchefstroom semalam. - Foto REUTERS
Silva menjalani latihan bersama skuad Sepanyol di Potchefstroom semalam. - Foto REUTERS
Silva menjalani latihan bersama skuad Sepanyol di Potchefstroom semalam. - Foto REUTERS

MANCHESTER City mengesahkan bahawa mereka akan mengikat kontrak dengan pemain tengah Sepanyol, David Villa selama empat tahun selepas tamat aksi Piala Dunia.

City mencapai persetujuan dengan pemain berusia 24 tahun itu tetapi pemeriksaan kesihatan dan kecergasan belum dilakukan.

Media Sepanyol melaporkan perjanjian bernilai 26 juta pound (RM126.10 juta) walaupun tiada butiran lanjut mengenainya diumumkan secara rasmi.

"Penasihat Silva dan beberapa pegawai dari kedua-dua kelab sudah bersetuju dengan syarat itu. Dia akan melakukan pemeriksaan kesihatan dan akan menjadi pemain City secara sah selepas tamat kempen Piala Dunia," kata pihak pengurusan City dalam laman web kelab itu.

Silva kini akan memperkuat Sepanyol ke pusingan suku akhir selepas menewaskan Portugal pada peringkat kalah mati, kelmarin.

Wang perpindahan Silva sedikit sebanyak akan membantu Valencia menangani masalah kewangan pasukan itu yang berjaya menempah tiket ke aksi Liga Juara-juara Eropah musim depan.

"Sudah tiba masanya untuk saya merasai cabaran baru. Saya begitu teruja untuk beraksi bersama City di England. Saya percaya Liga Perdana Inggeris (EPL) adalah perlawanan terbaik di dunia," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain