suria

Elano Tidak Diturunkan Jumpa Belanda

Elano masih bergelut dengan kecederaan buku lali.
Elano masih bergelut dengan kecederaan buku lali.
Elano masih bergelut dengan kecederaan buku lali.

KECEDERAAN buku lali yang ditanggung penyerang Brazil, Elano memaksanya diketepikan bertemu Belanda pada pusingan suku akhir.

Doktor pasukan Brazil, Jose Luiz Runco berkata Elano mengalami lebam di bahagian buku lali selepas menerima terjahan kasar ketika menentang Ivory Coast pada perlawanan pusingan kedua 20 Jun lalu.

"Dia boleh berjalan dan berlari tanpa menukar arah. Namun masalahnya kini adalah kesan apabila dia memberi tekanan ke atas kecederaan itu.

"Buku lalinya membengkak. Dia giat menjalani rawatan pemulihan dan berlatih di kolam renang serta gim," katanya.

Menurut Runco, kecederaan Elano boleh mengambil masa selama seminggu atau sebulan untuk sembuh.

"Kami masih berharap dia akan beraksi minggu depan tetapi segalanya bergantung kepada tahap kecederaannya. Dia sedang berusaha keras untuk pulih," tambahnya.

Brazil akan bertemu Belanda di Port Elizabeth, awal pagi Sabtu ini.

Elano sudah menunjukkan reaksi positif dan pernah berharap untuk diturunkan menentang Chile, Isnin lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain