suria

Van Persie Dibawa Ke Hospital

PENYERANG Belanda, Robin van Persie (gambar) dihantar ke hospital hari ini untuk menjalani ujian imbasan ke atas kecederaan lengan yang dialaminya tiga hari sebelum pertemuan separuh akhir dengan Uruguay di Cape Town, kata Pengurus Bert van Marwijk.

Van Marwijk memberitahu pemain pertahanan Joris Mathijsen turut dibawa ke hospital untuk memantau tahap kecederaan lututnya.

"Robin van Persie berada di hospital pada ketika ini untuk ujian imbasan begitu juga Joris Mathijsen. Robin bergelut dengan kecederaan lengan manakala Joris lutut," katanya.

Beliau percaya kecederaan Van Persie tidak begitu membimbangkan tetapi mahu melihat sendiri keputusan ujian imbasan itu.

Belanda menewaskan juara lima kali, Brazil semalam selepas bangkit mencatat kemenangan 2-1 di Port Elizabeth.

Perlawanan itu menyaksikan Van Persie beraksi selama 85 minit.

Mathijsen disenaraikan dalam skuad utama Belanda ketika menentang Brazil tetapi digantikan dengan pemain lain selepas menanggung kecederaan ketika sesi latihan pra perlawanan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain