suria

Argentina Berada Pada Tahap Terbaik

PRETORIA: Pasukan pimpinan Pengurus Diego Maradona yang bebas daripada masalah kecederaan berada pada tahap terbaik berbanding Nigeria menjelang perlawanan pembukaan peringkat Kumpulan B, Sabtu ini.

Pemain bek tengah Argentina, Martin Demichelis memberitahu mereka lebih bernasib baik berbanding pasukan lain.

"Kami tiada sebarang kecederaan dan memberi keyakinan kepada kakitangan kejurulatihan untuk menuntut persembahan maksimum daripada kami.

"Saya percaya dalam tempoh beberapa hari saja lagu, kami akan memulakan saingan dengan menjanjikan aksi terbaik," katanya.

Kemuncak perlawanan Piala Dunia yang akan bermula Jumaat ini dikejutkan dengan beberapa kecederaan serius melibatkan pemain-pemain ternama termasuk pemain tengah Nigeria, John Obi Mikel.

Menurutnya, Maradona belum memutuskan senarai kesebelasan utama yang akan diturunkan menentang Nigeria kelak.

Penonton dibenar menyaksikan sesi latihan Argentina dengan lebih dekat termasuk beberapa kumpulan dari sekolah-sekolah berhampiran dan peminat bola sepak negara itu yang berlepas ke Afrika Selatan semata-mata untuk memeriahkan lagi perlawanan bertaraf dunia itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

32 Pasukan Piala Dunia

Artikel Lain